Salasilah Asal Bugis
Allah Pencipta Kita
Dan Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).
Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging.
Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.
Surah Al-Mu'minun Ayat 12-14

Mana Milik Kita
Tujuan Manusia Dicipta
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah)." (Surah az-Zarriyat, ayat 56).
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (Surah al-Baqarah, ayat 30)
Asal Kejadian Alam
Nabi Muhammad saw, bersabda:
“Yang pertama diciptakan oleh Allah ialah ruh ku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah cahaya ku. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah qalam. Dan yang pertama diciptakan oleh Allah ialah akal”.

Nilai Manusia Di sisi Pencipta
Kemuliaan manusia bukan kerana bangsa keturunan , ,kekuasaan atau kekayaannya tetapi nilai manusia disi Allah adalah tersebut didalam Firmannya iaitu ;
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13).

Asal keturunan Bugis Dari Nabi Sulaiman a.s.
Silsilah Bugis
Fasal pada menyatakan silsilah raja-raja sebelah Bugis yang masuk ke tanah barat negeri Johor yang jadi bermasuk-masukan pada kerabat pihak raja-raja Melayu, dengan sebab berlaki isteri berambil-ambilan antara kedua pihak. Maka dengarkan olehmu.
Bermula adalah asal raja-raja Bugis yang mengembara ke sebelah barat daripada pihak tanah sebelah Bugis adalah asalnya seorang raja perempuan, nama negerinya Luwuk, nama raja itu Sitti Mallangkik. Adalah Sitti Mallangkik itu pada setengah kaul orang Bugis, keturunan daripada Puteri Balkis konon. Di dalam pada itu Allah subhnahu wataala yang terlebih tahu akan haqiqat’l-umur kulliha, kerana Balkis itu di negeri Saba pihak tanah Yumani, anak raja jin, jadi isteri nabi Allah Sulaiman ‘alaihi al-sallam. Maka berjauh-jauhan benarlah dengan Bugis, entahkan sahkah kaul perkataan setengah orang Bugis itu, entahkan tidak. Allah taala yang terlebih tahu. Akan tetapi Puteri Balkis itu beranak laki-laki dengan Nabi Allah Sulaiman, beberapa banyak turun-menurun kerana tiada makna yang meneguhkan kepada akal yang tiada boleh sampai anak cucu Nabi Allah Sulaiman itu ke Bugis, kerana pekerjaan itu harus lulus kepada akal seperti kebanyakkan tuan-tuan Saiyid Arab yang turun ke bawah angin ini, bertaburan segenap negeri di bawah angin ini, meninggalkan anak cucunya. Maka apabila lulus dan sah anak cucu Rasulullah salla Allahu ‘alaihi wasallam itu, sampai ke bawah angin seperti meninggali anak cucunya beberapa banyak di bawah angin ini. Demikian jualah anak cucu Nabi Allah Sulaiman ;alaihi al-sallam,jatuh ke tanah Bugis itu. Fa;l-hasil tiap-tiap pekerjaan yang tiada kita dapat akan hakikatnya janganlah kita dustakan, hendaklah kita taslimkan, kerana dalil berdiri.
Petikan Kitab Tuhfat Al - Nahfis

Pahlawan Bugis Di Nusantara Dan Negeri Perak
Daeng Selili [ Dato’ Maharajalela I ] (Bergelar Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya) Mufti Pertama Perak(mangkat 1766)
Siapakah dia Arung Singkang dan juga Daeng Selili Dato Maharajalela Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya?
Fakta-fakta yang menyokong:
Arung Singkang dan Daeng Selili lahir pada 1700 atau sedikit awal dan mangkat pada tarikh yang yang berbeza hanya setahun. Arung Singkang Mangkat 1765 dan Daeng Selili pulak mangkat 1766. Daeng Matokko’ adalah abang kepada Arung Singkang, dia membawa 150 pengikut keJohor pada 1681.
Mereka juga berasal dari keluarga DiRaja Bugis Wajo, Daeng selili berbondakan Ratu Sedinding atau mungkin Sedenreng, Bondanya adalah Datu Luwu menggantikan Ayahandanya Payung Kerajaan Luwu/Luwuk/Luak, Opu Pajung-ri Daeng Muhammad Wali ud-din telah berkahwin dengan Sultan ‘Ala ud-din Ahmad Shah Johan Badr Berdaulat Sultan Aceh 1727-1735 . Arung Sinkang tidak diketahui siapa bondanya, dan dicerita pada 1700 telah dibawa ke Kutai semasa kanak-kanak lagi olih bapa saudaranya, Lamohang Daeng Mangkona atau Pua Ado I . Ketika itu Pihak Belanda yang bekerjasama dengan Arung Palakka, Raja Bone telah mengalahkan Gowa/Makassar dan memaksa I-Mallombassi Daeng Mattawang Karaeng Bonto Mangngape Sultan Muhammad Bakar Hasan ud-din Makassarnya [Tumenanga-ri Balla'Pangkana], Sultan Gowa menandatangani Perjanjian Bungaya pada 18th November 1668 dibawah pengaruh Belanda. Ramai pembesar-pembesar Bugis telah berpindah kekerajaan lain kerana tidak mahu menjadi hamba Belanda.
Terdapat daerah-daerah yang dinamakan Daerah Selili Seberang dan juga Gunung Selili, kerana kebiasaannya orang Bugis akan menamakan satu-satu kawasan dengan nama Raja mereka atau pemimpin mereka contoh Mempawah ia adalah diambil dari nama Daeng Mempawah.
Daeng Selili atau Arung Singkang telah dibawa keMesir olih Sheik……. untuk mendalami Agama Islam dan belajar di Madrasah Al-Azhar. Dan Beliau telah kembali keKutai sebagai seorang pemuda yang berilmu baik didalam hal Agam Islam mahu pun dan Ilmu peperangan.
Daeng Selili atau Arung Singkang telah mengembangkan Islam dikalangan Istana Kutai dan Istana Pasir, kerana tentangan pada 1726 telah menawan Kutai dan Pasir. Daeng Selili atau La Maddukelleng Arung Singkang dari Wajo ini telah berkahwin dengan Puteri Sultan Kutai, Puteri Anden Ajeng Putri Sultan Sepuh Alamsyah. Termasuk kehadiran laksamana La Bannak To Assak, Daeng Parani, Daeng Mencelak, Daeng Marewa, dan Haji Sore di Wilayah Kerajaan Kutai. Telah merapatkan lagi hubungan Kerajaan Bugis dengan Kerajaan Kutai.
1737 Daeng Selili atau Arung Singkang telah menggunakan kapal perang yang dibinanya sendiri telah berlayar dengan tenteranya telah menyerang dan menaluki semula Wajo dan Bone. Arung Palakka telah melarikan diri keMakassar meminta pertolongan Belanda.
May 16 1739 Daeng Selili telah menyerang Makassar dan menawan ibu kota Makassar, Gowa. Belanda telah mendapat pertolongan Arung Palakka.
March 29 1741 Belanda telah menyerang Bone tetapi tidak berjaya.
1737-1754 La Maddukelleng (Sultan Pasir atau Sultan Peneki) Arung Singkang atau Daeng Selili telah menjadi Yang Dipertuan (Opunna) kepada Raja-Raja Wajo, Soppeng, Bone, Tallo, Tenate, Sumbawa dan Bima. Berjayalah beliau untuk menyatukan wilayah-wilayah Bugis dan mengembangkan Islam.
Arung Singkang atau Daeng Selili terus menerapkan unsur-unsur keIslaman dijajahan pemerintahannya. Ini telah menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati dikalangan Raja-Raja Bugis dibawah naungannya. Berlakulah perselisihan faham dan pemberontakkan.
1754 beliau telah mengundurkan diri dan bersemayam diPeneki.
Beliau dikatakan bahawa mangkat pada 1765 diPeneki. Adakah ia benar?
1754 Olih kerana Arung Singkang atau Daeng Selili mempunyai seorang saudara iaitu Daeng Hanasah di Perak beliau mengambil keputusan berlayar keNegeri Perak bersama pengikut-pengikut setianya. Saudara beliau ialah Daeng Hanasah bergelar Raja Laksamana Mahkota Nakhoda Hitam.
Beliau telah memberikan idea Adat Temenggong kerana telah berlaku Perebutan Kuasa antara anak-anak Raja Perak. Beliau juga telah mengalahkan Lanun diDaerah Dinding dan telah menawan ketua lanun tersebut dan terus memeluk Islam.
Beliau telah dilantik sebagai Mufti Pertama Negeri Perak, dengan gelaran Daeng Selili Haji Besar Tan Lela Putera Pancung Tak Bertanya dan menjadi Pembesar di Daerah Pasir Salak.
Laksamana atau Maharajalela Melayu diAceh yang menjadi Sultan Aceh pada abad 18 masihi adalah Ayahanda kepada Daeng Selili dan Daeng Hanasah dan bonda mereka adalah Ratu Sedinding/Sedenreng ibni almarhum Datu Payung Luak/Luwuk/Luwu.
Atau orang Kaya Maharajalela Melayu Daeng Ahmad ibni almarhum Daeng Abdul Rahman ibni almarhum Daeng Zainal Abidin ibni almarhum Daeng Mansur, Tengku Ribee ibni almarhum Syeikh Abdullah Malik ul Amin.
Daeng Hanasah telah mengahwini Tok Epo iaitu anak saudara Dato Sagor.
1766 Daeng Selili telah wafat, kejadian aneh telah berlaku semasa jenazah beliau mahu dimasukan keliang lahat, sekelip mata jenazah beliau telah ghaib. Kemudian disepakati digantikan dengan tongkat beliau untuk kebumikan.

Daeng Selili Atau La Maddukelleng Aru Sengkang Raja Wajo (1735-1754)
★ La Tenri Bali Batara Wajo I ★ La Mataesso Batara Wajo II ★ La Pateddungi To Samanglangi Batara Wajo III ★ La Palewo To Palippu (1471-1478) ★ SettiariWare (1478-1483) ★ La Tenri Umpu To Langi (1483-1486) ★ La Taddampare Puangrimaggalatumg (1486-1516) ¤Masa antar pemerintahan (1516-1519) ★ La Tenri Pakado To Nami (1519-1530) ★ La Malagenni (1530-1539) ★ La Tematonga (1539-1541) ★ Togia (1541-1546) ★ La Mappampuli To Appamadeng lotjie (1546-1561) ★ La Pakoko To Pabela (1561-1564) ★ La Mungkace To Uddamang (1564-1604) ★ La Sangkuru Patau Mulajaji Sultan Abdurrahman (1604-1607) ★ La Mapepulu (1607-1610) ★ La Samalewa To Ampakiu (1610-1615) ★ La Pakallongi To Ali (1615-1620) ★ To Pasawungi (1620-1623) ★ La Pakallongi To Ali (1623-1631) Masa jabatan kedua. ★ To Udama (1631-1633) ★ La Isigadjang To Bunne (1633-1644) ★ To Panamui (1644-16??) ★ La Palali To Malu (1670-1675)★ La Pariusi Daeng Manyapa Aru Mampu Aru Amali (1675-1697)★ La Tenri SessuTomo Puana Sodadie (1697-1699)★ La Matona Tosarka Puana Larumpang (1699-1700)★ La Galigo To Sunnia Mpelaiangi Barugana (1700-1709)★ La Warrupuna Sangatji (1709-1713)★ La Salewangeng To Tenri Rua Aru Kampiri (1713-1735)★ La Maddukelleng Aru Sengkang (1735-1754)★...(?)★ Aru Barange (1774-1846)★ ...(?)★Aru Akadjang (18??-1846)¤ Masa antar pemerintahan (1846-1860)★ La Tjintjing Akil Ali (1860-...)★ Ishak Manggabarani Karaeng Mangeppe★ La Tenri O'dang atau Odang Arung Matoa Ri Wajo 22 Desember 1926-14 Januari 1933★ H.Andi Mangkona Datu Marioriwawo, Arung Matoa Wajo 23 April 1933 Turun Tahta 21 Nopember 1949
Dato' Maharaja Lela @ Pandak Lam
Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili datang ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Datuk Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Datuk Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).
Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato’ Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat disimpulkan bahawa Dato’ Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Keturunanku Daripada Pandak Lam
Pandak Lam